Projek Perumahan Terbengkalai

Di Semenanjung Malaysia, suatu projek perumahan dianggap terbengkalai apabila:

 

a)        Aktiviti-aktiviti pembinaan di tapak pembinaan perumahan telah terhenti selama 6 (enam) bulan atau lebih secara berturut-turut, selepas tamat tempoh perjanjian jual beli yang telah ditandatangi oleh pemaju dan pembeli; atau,

b)       Pemaju telah diletakkan di bawah kawalan Pegawai Penerima dan Pengawal Perumahan berpendapat bahawa pemaju tersebut tidak berupaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemaju[1].

 

Peranan dan tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung dengan projek perumahan terbengkalai, adalah mengumpul maklumat, mencari dan mengusahakan cara bagi memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai dan mengenalpasti pihak-pihak yang sesuai untuk melaksanakan pemulihan projek-projek tersebut sama ada dilaksanakan oleh pemaju asal atau oleh pembiaya projek-projek tersebut atau pemilik-pemilik tanah projek atau malah melalui inisiatif Jawatankuasa Bertindak Pembeli mahupun melalui agensi pemulihan kerajaan – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).[2]

 



[1] Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Laporan Senarai Projek Perumahan Terbengkalai Dari Tahun 1990 – Jun 2005, 2006, hlm. 1. Ini adalah definisi terkini mengenai ‘projek perumahan terbengkalai’. Namun begitu, sebelum tahun 2006, definisi projek perumahan terbengkalai adalah – ‘Pembinaan dan kemajuan kerja di tapak projek telah terhenti selama 6 (enam) bulan atau lebih. Pemberhentian tersebut berlaku sama ada secara berturutan atau berlaku semasa dalam tempoh di mana projek tersebut sepatutnya disiapkan atau melepasi tempoh penyiapan. Tempoh penyiapan bermaksud tempoh di mana pemaju perlu menyiapkan pembinaan unit-unit rumah. Bagi rumah bertanah (landed property), tempoh penyiapan adalah 24 (dua puluh empat) bulan dikira dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani, sementara bagi rumah-rumah flat tempoh penyiapannya adalah 36 (tiga puluh enam) bulan dari tarikh penandatanganan perjanjian jual beli; atau, dalam tempoh 6 (enam) bulan, pemaju telah digulung dan diletakkan di bawah kawalan Pegawai Penerima dan, Pengawal Perumahan berpendapat bahawa pemaju perumahan tersebut telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemaju’. Lihat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senarai Projek Perumahan Terbengkalai, 2000, hlm. 1.

[2]  Ibid.

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s