Desa Kerayong Indah

 

Baru-baru ini, penulis ada meninjau sebuah projek perumahan bernama Desa Kerayong Indah, Jeram, Kuala Selangor berdekatan dengan kampus Uitm Puncak Alam, Shah Alam. Menurut maklumat yang diterima, terdapat 1,099 unit rumah terlibat dalam projek perumahan ini. Tarikh surat perjanjian pembinaan telah ditandatangani sejak September, 1999. Projek ini dijangka siap, menurut perjanjian tersebut pada September, 2002. Harga rumah antara RM 48,000.00 hingga RM 153,000.00. Semua pembeli adalah orang Melayu.

Projek ini bermula apabila, atas permohonan, para pembeli ditawarkan tanah-tanah lot untuk dibangunkan daripada Kerajaan Negeri Selangor, melalui Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. Antara syarat pemberi-milikan tanah lot tersebut adalah, para pembeli dikehendaki memasuki perjanjian pembinaan dengan kontraktor bernama Bumi Circle Sdn. Bhd. (‘Bumi’). Bumi dikehendaki membina dan menyiapkan unit-unit rumah dalam masa 3 tahun dari tarikh perjanjian pembinaan.

Projek perumahan ini menjadi terbengkalai apabila, Bumi menghadapi masalah kewangan kerana kekurangan dana bagi mengeluarkan batu-batu granit keras yang terdapat pada tapak projek. Sehingga kini (November, 2008), projek tersebut masih terbengkalai dan tiada pihak-pihak yang cuba memulihkannya.

Berdasarkan maklumat yang diterima terdapat beberapa masalah dan aduan mengenai projek tersebut iaitu, antaranya:

1)      Bumi menggunakan ‘batu blok’ bukan batu binaan biasa untuk membina bangunan rumah. Ini melanggar spesifikasi perjanjian pembinaan;

2)      Keluasan tanah bagi membina unit-unit rumah dan keluasan lantai unit-unit rumah tidak sama dengan terma-terma perjanjian pembinaan;

3)      ‘Retaining wall’ yang dibina antara lapisan-lapisan baris unit-unit rumah, ada yang melebihi 10 kaki, berlainan dengan apa yang telah dijanjikan oleh Bumi;

4)      Penipuan sijil-sijil arkitek bagi menyokong mengeluarkan wang pinjaman bank para pembeli;

5)      Arkitek yang bertugas tidak berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia;

6)      Kerajaan Negeri Selangor sekarang menolak untuk memulihkan projek tersebut;

7)      Para pembeli terpaksa membayar ansuran bulanan setiap bulan (lebih kurang RM 1,200.00), kerana sebahagian pinjaman telah dibayar kepada Bumi, tetapi tidak boleh menduduki unit-unit rumah tersebut kerana terbengkalai. Mereka juga terpaksa menyewa rumah lain;

8)      Para pembeli terpaksa membayar cukai pintu (assessment rate) kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (pihak berkuasa tempatan) walaupun rumah-rumah mereka masih terbengkalai dan masih tidak boleh diduduki;

9)      Disebabkan projek ini tidak dapat disiapkan menurut perjanjian pembinaan dan terbengkalai sejak tahun 2002 dan tapak projek tersebut dibiarkan tanpa ada pengawasan, banyak barang-barang binaan dan peralatan-peralatan besi, siling atap, tingkap, pintu, kemudahan elektrik telah dicuri dan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Para pembaca boleh melayari web site projek tersebut, untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, di http://desakerayongindah.blogspot.com/

Lihat juga gambar-gambar yang telah diambil.

 

 

 

About these ads

4 responses to “Desa Kerayong Indah

  1. Sy salah seorang pembeli DKI Desa 8.

    Setelah pelbagai ikhtiar dibuat, hanya mampu menadah tangah ke hadrat yang Esa…

  2. malang memang malang..ni lah dikatakan Melayu Tipu Melayu..Kerajaan Melayu, Pemaju Melayu, Lawyer pon Melayu (Noh Omar and Associates….menteri apa entah…tak pasti sbb bagi aku politikus UMNO ni tak tahu lah…look st##d. terus terang cakap nampak tak cerdik)dan Pembeli adalh Melayu…!

    Sebenarnya bukan batu granite saudara..the site is founded by meta sedimentary..which is meta sandstone or quarzite…( sedimentary transformed to metamorphic rock)

    Thesis PhD aku dah siap pon tunggu viva berkaitan dengan engineering properties of the ground material of Desa Kerayong!Partialy rock and partialy soil). Aku siap buat subsurface profile using electrical resistivity method…The material there is classified as Weathered sandstone pf Grade II and III. Strong tu weh! sure need to blast . High cost!
    sah sah dia oarng tak buat site investigation langsung! Very bad..camner projek camni boleh lepas..jahatnya …
    Dan Bumi Circle tu syarikat RM1.00.

    • Bagus lah dah siapkan Phd. Saudara bidang engineering, saya bidang law. Mungkin saya kurang arif tentang engineering soil structure. Tapi apa pun, masalah tanah di Desa Kerayong telah menyebabkan projek terbengkalai. Kontraktor tidak menjalankan penyiasatan awal dan pengiraan kos sebenar. Persoalannya mengapa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Majlis Daerah/Perbandaran dan Jabatan Alam Sekitar berikan kebenaran pembangunan (planning permission)?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s