Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai

Menurut satu kajian, pada masa ini terdapat enam (6) cara untuk membaik pulih projek-projek perumahan terbengkalai di Semenanjung Malaysia.[1] Jenis-jenis pemulihan ini adalah:

1)         Pemulihan Yang Dilaksanakan oleh Pemaju Asal;

2)         Pemulihan Dengan Bantuan Agensi Kerajaan;

3)        Pemulihan Oleh Pemaju Baru Yang Mengambil Alih Projek daripada Pemaju Asal Yang Mungkir;

4)         Pemulihan Yang Dilaksanakan oleh Pelikuidasi/Pelikuidasi Sementara  atau Penerima dan Pengurus;

5)         Pemulihan Yang Dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bertindak Pembeli; dan,

6)         Pemulihan Yang Dilaksanakan oleh Danaharta Nasional Berhad.

Projek-projek perumahan yang diambil alih oleh Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (‘Danaharta’) [2] yang merupakan sebahagian daripada skim bagi mengurangkan masalah hutang-hutang tidak berbayar (non-performing-loans (NPLs)) bank-bank tertentu di Malaysia ketika krisis ekonomi tahun 1998.  Namun begitu, selepas pemerhatian mendalam dijalankan, Danaharta tidak pula memulihkan projek-projek tersebut tetapi, dihujahkan, bertindak sebagai sebuah ‘ejen hartanah’ bagi menjual projek-projek tersebut dengan harga tertentu bagi mengurangkan masalah hutang-hutang tidak berbayar (NPLs).  Hasil daripada jualan projek-projek tersebut dibahagikan kepada pihak-pihak ini–Danaharta, bank-bank yang bermasalah terlibat, pemegang-pemegang bon, pemiutang-pemiutang Danaharta dan pihak kerajaan (Kementerian Kewangan Malaysia). Selepas pemberhentian Danaharta pada 30 September, 2005, sebahagian projek-projek ini yang merupakan baki lebihan kerja yang masih belum diselesaikan oleh Danaharta, telah diserahkan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Prokhas Sdn. Bhd (‘Prokhas’). Prokhas juga seakan-akan serupa fungsinya dengan Danaharta, iaitu bertindak sebagai ejen hartanah bagi menjual projek-projek perumahan terbengkalai. Dengan kata lain, mereka tidak memulihkan projek-projek tersebut. Justeru, pada pandangan penulis, kewujudan Danaharta dan Prokhas tidak dapat menyelesaikan masalah projek-projek perumahan terbengkalai, khususnya bagi melindungi kepentingan dan hak para pembeli dengan cara menjalankan pemulihan ke atas projek-projek terbabit



[1] Nuarrual Hilal Md. Dahlan, Projek Perumahan Terbengkalai: Fenomena, Masalah dan Penyelesaian – Satu Kajian Kes di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Tesis Sarjana Undang-undang, 2001, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 123 – 139.

[2] Sebagai contohnya Taman Suria Mutiara, Pulau Pinang, di mana pemajunya adalah Penangan Maju Holdings Sdn. Bhd. Ini berdasarkan kepada fail nombor: KPKT/08/824/7347-I Jld II dan Taman Serdang Perdana, Seksyen 5, Serdang, Selangor yang telah diambil alih oleh Danaharta. Ini juga berdasarkan kepada berita dalam Harian Metro, 13 Disember, 2004, “Projek rumah 3 tahun terbengkalai”, <http://www.hba.org.my/news/2004/1204/projek.htm.> (pada 7 April, 2007). Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (‘Danaharta’) telah diwujudkan pada 20 Jun, 1998 bagi membeli hutang-hutang tidak berbayar (Non-Performing-Loans (NPLs)) bank-bank di Malaysia bagi menyelamatkan sector perbankan dan hartanah. Tempoh kewujudannya sehingga 30 September, 2005. Kuasa-kuasa dan tanggungjawab-tanggungjawab Danaharta dinyatakan dalam Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998. Dana bagi menguruskan Danaharta adalah daripada dana kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Berhad, bon-bon temptatan dan antarabangsa yang dijamin oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, setakat 30 September, 2005, tidak terdapat mana-mana projek perumahan terbengkalai yang dipulihkan oleh Danaharta. Sebaliknya, sehingga 30 September, 2005, terdapat baki kerja yang masih lagi tidak diselesaikan oleh Danaharta, termasuk projek-projek perumahan terbengkalai. Kerja-kerja yang masih tidak diselesaikan ini diserahkan kepada Syarikat Prokhas Sdn. Bhd untuk tujuan selanjutnya. Lihat Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Final Report 1998-2005 dalam website Bank Negara Malaysia,  <http://www.bnm.gov.my/websites/danaharta.com.my/main/index.html> dan <http://www.bnm.gov.my/websites/danaharta.com.my/main/fr/02-Section%20A.pdf>, (pada 10  Ogos, 2007).

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s