Isu-isu Dalam Projek Perumahan Terbengkalai di Semenanjung Malaysia: Pertukaran Syarat-Syarat, Sekatan-Sekatan Kepentingan dan Kegunaan Tanah – Bahagian Satu

Isu pertama dalam peringkat pertukaran kegunaan tanah berkisar pada kegagalan pada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memastikan bahawa kategori sesuatu kegunaan tanah dan syarat-syarat bagi sesuatu tanah yang hendak dimajukan itu telah secara wajarnya ditukar untuk tujuan pemajuan sesuatu projek perumahan, sebelum sesuatu lesen pemaju perumahan boleh diluluskan dan diberikan kepada pemaju pemohon.  Akibat daripada kegagalan ini ia boleh membuka kepada amalan frod (tipu) oleh pemaju berkenaan. Sebagai contohnya, meskipun permohonan-permohonan untuk mendapatkan pertukaran syarat-syarat, pertukaran sekatan-sekatan kepentingan dan kegunaan tanah masih belum lagi diluluskan oleh pihak berkuasa tanah, ada pemaju-pemaju yang telah membuka unit-unit rumah (yang belum dibina dan disiapkan) untuk jualan kepada orang awam bagi tujuan mengutip deposit daripada mereka. Kemudian, mungkin disebabkan oleh perubahan pada syarat-syarat permohonan, kelulusan atau mungkin juga kerana penolakan permohonan-permohonan tersebut oleh pihak berkuasa tanah atau berpunca daripada ketidakjujuran pemaju, jualan-jualan yang telah dibuat tersebut tidak dapat diteruskan. Ketidakjujuran pemaju pemohon boleh dilakukan melalui penyembunyian atau pemusnahan bukti-bukti jualan (seperti resit-resit, borang-borang tempahan, pembohongan dan sebagainya) berkaitan dengan jualan unit-unit rumah (yang belum dibina) yang telah dibuat, menyebabkan ketidaktentuan unit-unit (yang belum dibina) yang sebenarnya telah dijual kepada pembeli-pembeli awam bagi membolehkan mereka (pemaju pemohon) melakukan frod (tipu)–jualan berganda atau jualan berulang unit-unit yang sama kepada beberapa pembeli seterusnya bagi mendapatkan keuntungan melalui pengutipan deposit dalam jumlah yang besar.

Masalah seterusnya juga boleh berlaku sekiranya pemulihan suatu projek perumahan terbengkalai akan dilaksanakan, terdapat kos-kos tambahan dan syarat-syarat baru bagi menyempurnakan permohonan bagi pertukaran syarat-syarat, sekatan-sekatan kepentingan dan kegunaan tanah yang belum lagi diselesaikan oleh pemaju terdahulu. Perkara ini boleh menunda proses pemulihan serta boleh menggugat kelancaran skim pemulihan yang telah dirancang.

Fenomana-fenomena di atas boleh dilihat di projek perumahan Taman Universe, Lot 1556, Mukim 13, Daerah Timur Laut (DTL) Pulau Pinang (yang dimajukan oleh Cariwang Properties Sdn. Bhd). Apa yang berlaku di taman ini adalah, setelah perjanjian jual beli ditandatangani oleh para pembeli dan setelah pemaju mengutip deposit dalam jumlah yang agak besar, pemaju berkenaan terus melarikan diri dan tidak meneruskan pemajuan projek, meninggalkan para pembeli terpinga-pinga tanpa apa-apa remedi dan gantirugi.  Masalah ini juga berlaku di Taman Shoukat, Lot 2219, Mukim 13, DTL, Pulau Pinang (yang dimajukan oleh Syarikat Showkhat Industries & Realty Sdn. Bhd).

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s