Berita Daripada BERNAMA: 11 November, 2008

Selasa, 11 November, 2008

Projek Rumah Terbengkalai-Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 11 Okt (Bernama)– Pembeli rumah di projek perumahan Desa Kerayong Indah di sini yang terbengkalai sejak sembilan tahun lepas memohon bantuan kerajaan negeri Selangor supaya pembinaan rumah mereka dapat diteruskan dan disiapkan segera.

“Pada masa yang sama pembeli yang kebanyakannya berpendapatan sederhana terpaksa membayar wang ansuran pinjaman rumah dengan pihak bank antara RM1,200 hingga RM1,300 sejak sembilan tahun lalu” – Kamarolzaman

“Kami sudah meminta bantuan daripada kerajaan negeri yang terdahulu serta pemaju projek itu Bumi Circle Sdn Bhd tetapi tiada perkembangan yang berlaku,” katanya kepada Bernama di kawasan perumahan itu di sini petang tadi.

Beliau berkata antara alasan yang diberi oleh pihak kontraktor ialah kerja menggali tapak pembinaan diatas permukaan tanah yang berbatu dan di atas bukit menyebabkan kenaikan kos sehingga melebihi dari pengiraan asal dan menyebabkan projek tersebut tidak mampu diteruskan.

“Seramai 321 pembeli sudah pun memfailkan saman di mahkamah pada 24 April tahun lepas terhadap kerajaan negeri dan kontraktor terbabit pada 27 Febuari sebelum pilihan raya umum lepas, namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian”.

Gambar di tapak Projek Desa Kerayong Indah

Sumber Berita BERNAMA

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Pembeli, Kamarolzaman Ismail, 40 berkata pelbagai usaha telah dilakukan sejak sembilan tahun lepas untuk menyelesaikan masalah itu namun tidak berhasil.

 

One response to “Berita Daripada BERNAMA: 11 November, 2008

  1. En. Kamarolzaman

    Your email address please

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s