Taman Lestari Permai, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan

Projek perumahan di atas terletak di Seri Kembangan, Serdang, Selangor. Bersebelahan dengan lebuhraya menuju ke Putrajaya. Projek ini terletak bertentangan dengan Pintu 2 Putrajaya. Pembinaan projek perumahan ini melibatkan beberapa fasa. Fasa-fasa tersebut adalah Fasa 1A (238 unit rumah), Fasa 1B (150 unit), 1C (68 unit) and Fasa 2 (133) unit. Peratus penyiapan pembinaan setiap fasa tersebut sehingga terkini adalah 86% (Fasa 1A), 80% (Fasa 1B), 70% (Fasa 1C) and 90% bagi Fasa 2.

 

Lestari Permai telah dilancarkan pada awal tahun 2004. Projek ini sepatutnya siap dalam tempoh 2 tahun, iaitu ia sepatutnya siap and boleh diduduki pada awal 2006. Punca utama yang menyebabkan projek ini terbengkalai adalah akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh Europlus Construction Sdn Bhd, pemaju projek perumahan ini, yang merupakan salah sebuah anak syarikat Kumpulan Talam Corporation Berhad (‘Talam’). Talam menghadapi masalah kewangan kerana gagal mengimbangi aliran wang keluar akibat daripada bayaran balik pinjaman bank terhadap sebahagian besar pelaburan dalam tanah seluas 11,878 ekar, pinjaman ‘overdraft’ serta bayaran balik bon syarikat yang telah matang berjumlah RM 1.3 bilion dengan aliran wang masuk daripada bayaran kemajuan yang tidak dapat dituntut oleh Talam daripada para pembeli rumah kerana pembinaan tidak dapat diteruskan kerana kekurangan bekalan bahan keluli dan pasir.

 

Bagi mengatasi masalah perumahan terbengkalai di bawah Talam, Talam telah mengambil langkah-langkah berikut:

 

a)     melantik kontraktor baru dan mengadakan kerjasama dengan kontraktor lain seperti IJM (Corporation) Sdn. Bhd., IJM (Projects) Sdn. Bhd dan Salam Kurnia Sdn. Bhd; dan,

b)    Memulangkan bayaran deposit yang dibayar oleh para pembeli, melibatkan 8 buah projek mereka.

 

Antara masalah-masalah yang dihadapi para pembeli:

 

a.     Tidak dapat menduduki unit rumah pada tarikh yang telah ditetapkan;

b.     Terpaksa membayar bayaran ansuran bank setiap bulan;

c.      Terpaksa menyewa rumah lain;

d.     Ada pembeli yang telah disenarai hitamkan oleh pihak bank kerana tidak mampu membayar hutang pinjaman;

e.      Ada para pembeli yang telah bercerai-berai ekoran daripada kos sara hidup yang meningkat kerana bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung mereka;

f.       Pertemuan dan perbincangan dengan pihak berkuasa, contohnya dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan (KPKT), sering menemui jalan buntu dan KPKT tidak dapat dan gagal menyelesaikan masalah mereka;

g.     Ada pembeli yang telah diberi maklumat salah mengenai projek mereka oleh KPKT;

h.     KPKT tidak pula mengkategorikan projek-projek perumahan yang bermasalah yang dibangunkan oleh Talam dan anak syarikatnya ‘projek perumahan terbengkalai’ menurut definisi biasa yang ditetapkan oleh KPKT. Ini menyebabkan masalah kepada para pembeli untuk mendapatkan pengesahan ‘projek perumahan terbengkalai’ daripada KPKT bagi tujuan mengurangkan bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan dan sebagainya;

i.       KPKT gagal untuk menguatkuasakan dan melaksanakan peruntukan undang-undang yang terdapat dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan peraturan-peraturan di bawahnya sehingga menyebabkan kerugian kepada pihak pembeli;

j.       Akibat projek tersebut telah terbengkalai untuk suatu tempoh yang lama, banyak peralatan, kemudahan dan kelengkapan rumah termasuk wayar-wayar elektrik, besi pintu dan tingkat dan sebagainya telah rosak atau dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

 

Selain Lestari Permai, terdapat banyak lagi projek perumahan di bawah pengurusan Talam dan anak-anak syarikatnya yang menghadapi masalah dan terbengkalai iaitu:

 

a)                     Bukit Beruntung (Europlus Sdn. Bhd);

b)                     Putra Perdana (Kenshine Sdn. Bhd);

c)                      Taman Puncak Jalil (Maxisegar Sdn. Bhd);

d)                     Lagoon Perdana (Tenaga Gagah Sdn. Bhd);

e)                      Ukay Perdana (Highrise) (Ukay Land Sdn. Bhd);

f)                       Bukit Pandan Bistari (Supreme Precious);

g)                     Ukay Perdana Superlink (Ukay Land Sdn. Bhd);

h)                     Saujana Putra (Galian Juta Sdn. Bhd);

i)                       Lestari Puchong (Lestari Puchong Sdn. Bhd);

j)                       Bukit Pandan (Mudi Angkasa Development Sdn. Bhd);

k)                     Bandar Pinggiran Cyber (Perspektif Perkasa Sdn. Bhd);

l)                       Sierra Ukay (Terang Tanah Sdn. Bhd);

m)                  Lestari Perdana (Abra Development Sdn. Bhd);

n)                     Saujana Puchong (Expand Factor Sdn. Bhd);

o)                     Saujana Putra (Galian Juta Sdn. Bhd);

p)                    La Cottage (Metro Tegas Development Sdn. Bhd);

q)                     Saujana Putra (Sanjung Hemat Sdn. Bhd);

r)                      Templer Saujana (Abra Development Sdn. Bhd); dan,

s)                      Kinrara Perdana (Sentosa Restu (M) Sdn. Bhd).

 

Sila lihat gambar-gambar yang telah diambil mengenai Taman Lestari Permai yang terbengkalai itu.

 

 

 

 

 

 

lestari34

lestari32

lestari31

lestari30

lestari34

lestari14lestari15lestari32

lestari10lestari3

About these ads

19 responses to “Taman Lestari Permai, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan

  1. saya pembeli rumah di g) Ukay Perdana Superlink (Ukay Land Sdn. Bhd); menghadapi masalah yg sama. Tetapi setelah diambil alih oleh IJM, nampak progress projek tersebut. IJM telah buat kerja ‘touch up’ dan finising yg agak memuaskan. tapi masih timbul persoalan, bila projek tersebut akan selesai dan boleh ‘hand-over’ kepada pembeli.

    masih menanti walaupun telah 2 tahun lewat.

  2. Assalamualaikum,

    Pada pandangan saya, Encik Azman perlu bersyukur kerana ada pihak yang mahu memulihkan projek.

    Apa yang penting rumah siap. Dapat milikan kosong.

    Perkara-perkara tentang gantirugi dan kelewatan sedikit itu tidak mengapa. Itu boleh negotiate kemudian dengan pemaju.

  3. adakah pemilik yag mahu menjual rumah berkenaan

  4. jika sy berminat utk membeli rumah di bawah ukay lake sdn bhd (taman kelab ukay)yg sejak dr awal tiada pembeli, bagaimanakah caranya? harap blh membantu.

    • Maaf, saya hanya berminat untuk menasihati pembeli yang terlibat dalam projek perumahan terbengkalai. Sekiranya, pihak tuan/puan berminat untuk membeli unit rumah di Taman Kelab Ukay, salah satu caranya adalah berhubung dengan agen hartanah seperti Jurunilai Bersekutu, Henry Butcher dan sebagainya.

  5. saya membeli rumah di lestari puchong sekitar tahun 2003 dan sepatutnya siap dalam masa 2 tahun, hingga kini belum siap.

    • Sama ada rumah saudara telah dikategorikan sebagai projek perumahan terbengkalai oleh Bahagian Projek Terbengkalai, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pusat Bandar Damansara?

  6. Apa latest status projek ukay perdana? Sepatutnya dah hand over kalau ikut mesyarat 2 tahun lepas.

  7. saya beli rumah second hand..yang bru dapat cf..means ats tgn org..pemaju dia expand factor…smpi ksg..still xdpt feedback dr expand tuk ptukaran nama…of lambat..ktrg akn kne penalty..da xtau nak buat apa..bile call expand factor..xde org jawab pun..xtau expand factor tu still wujud ke x..

  8. Pingback: Skandal Projek Lebuhraya RM7 Bil – Diberi Pada Kroni UMNO, Europlus, Pernah Projek Terbengkalai ! « maidoali.wordpress.com

  9. Saya nk tanya projek perumahan lestari permai seri kembangan ada kosong lg? Saya berminat beli tanya ejen dah hbis jual

  10. saya pun berminat untuk beli rumah di taman lestari permai tapi ejen x dpt surekan bl boleh dpt cf? ada sesiapa yg tau pasal status cf.?

  11. saya pun berminat untuk beli rumah di lestari permai tapi ejen x dpt surekan bl boleh dpt cf? ada sesiapa yg tau pasal status cf.?

  12. agak2 bl projek perumahan lestari permai nk dpt cf ye sbb nk beli..

  13. sy irwan agent sekitar seri kembangan,,owner boleh hubungi sy untuk urusan penjualan,bg pembeli di alu2kn melihat listing sy,,tq,012-2616056

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s