Pusat Bantuan Guaman UUM COLGIS

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Pusat Bantuan Guaman Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, (UUM COLGIS) telah ditubuhkan. Antara matlamat penubuhan pusat ini adalah memberi nasihat guaman dan undang-undang kepada awam. Operasi pusat ini adalah seperti berikut:

Tempat     :     Tingkat 3 UUM COLGIS (Bersebelah ‘Mahkamah Moot’)

Hari          :     Setiap hari Khamis (bermula Khamis 10 Jun 2010, (kecuali  cuti umum)

Masa         :     8.00 pagi hingga 3.30 petang.

Kepada sesiapa yang memerlukan nasihat perundangan dalam semua bidang bolehlah datang ke Pusat Bantuan Guaman tersebut.

Sila bawa dokumen-dokumen berkaitan dengan masalah yang hendak dikemukakan.

Contoh :

1)      Masalah yang berkaitan dengan perkahwinan/perceraian – surat cerai, perintah nafkah dari Mahkamah, surat beranak anak, surat pengesahan sekolah anak, slip gaji suami / isteri dan lain-lain.

2)      Masalah yang berkaitan tanah –  geran tanah, perjanjian jual beli dan dokumen cagaran, kaveat persendirian dan sebagainya.

3)      Masalah yang berkaitan dengan kemalangan –  laporan polis, polisi insuran, kad pengenalan dan sebagainya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Dr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan, ACIS di talian 04-928 4295.

12 responses to “Pusat Bantuan Guaman UUM COLGIS

  1. zaharin ibrahim

    Saya bertugas di PLUS EXpressways Berhad hampir 16 tahun, pada masa kini saya telah digantung pekerja sebagai Eksekutif Keselamatan dan Terafik kerana dituduh memalsukan tawaran sebut harga untuk mengecat kenderaan syarikat dan tuduhan tidak mematuhi arahan syarikat kerana melantik panel kembalik ( juga panel bengkel kenderaan syarikat ) mengikut amalan biasa syarikat iaitu perlu mendapat kelulusan daripada Pengurus Wilayah. Pergantungan kerja saya bermula pada 26.11.2009 sehingga sekarang tetapi syarikat membayar penuh gaji saya dan semua kemudahan seperti rawatan di panel klinik, tuntutan subsidi kenderaan, subsidi tol dan telefon bimbit. Pada 06.01.2010 syarikat telah menhantar surat meminta penjelasan kepada perkara yang di sebut di atas. Pada 14.01.2010 saya telah membalas surat penjelasan tersebut dan sehingga pada 23.08.2010 surat pertuduhan telah saya terima tetapi yang menjadi persoalan saya surat pertuduhan tersebut bertarikh 18.07.2010 dan saya terima surat tersebut pada 23.08.2010 dan pihak pos mengesahkan menerima surat tersebut pada 20.08.2010 dan syarikat mahu penjelasan 5 hari dari tarikh surat tersebut iaitu 18.07.2010.Jadi perlukah saya membuat surat penjelasan tersebut sedangkan tarikh surat pertuduhan ialah pada 18.07.2010 kerana kelewatan membalas surat tersebut membolehkan saya dimabil tindakan sehingga di buang kerja. sila beri nasihat. sekian,terima kasih.

    • Salam Ramadan,

      Pada pandangan saya, saudara perlu menjawab surat pertuduhan itu, secara segera yang munasabah. Simpan segala bukti2 yang ada yang menunjukkan bahawa terdapat ‘ketidakjujuran’ pada pihak majikan. Sekiranya saudara ada apa2 masalah sila juga rujuk kepada Jabatan Buruh dan pejabat mahkamah industri di Shah Alam dan Kuala Lumpur.

  2. Aswandi Bin Mohamed Hashim

    Salam, saya mengenali Tuan di UKM semasa kita sama-sama belajar di FUU,UKM. Saya adalah bekas Pemangku Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah/Perlis [Kementerian Sumber Manusia]. Kini saya praktis sebagai Peguam Perburuhan dan memiliki firma guaman Tetuan Aswandi Hashim & Co. di Alor Setar. Firma saya khas menumpukan kepakaran dalam bidang undang-undang perburuhan. Saya berminat untuk berkongsi hal ehwal undang-undang perburuhan dengan cara memberi khidmat nasihat dan berhajat mengambil pelajar-pelajar undang-undang menjalani latihan praktikum di firma saya. Mohon Tuan dapat membantu saya. Saya juga boleh dihubungi di talian mobil 012-241 8626. Terima kasih.

  3. Dr,
    Assalamualaikum.

    Saya membaca artikel Dr. berhubung Pembiayaan BBA. Saya mohon nasihat Dr. berhubung masalah yang sedang saya hadapi.

    Pada tahun 1996, saya telah membeli sebuah rumah di Lembah Beringin, Selangor dengan harga RM98,888.00. Pembelian ini dibiayai oleh BBA BSN commercial. (sekarang affin bank). Rumah ini telah terbengkalai dan hampir mustahil untuk dipulihkan.
    Berikut ialah perician pembiayaan :-
    Pokok / PPA = RM94,574.30, PSA RM237,419.64 (RM365.51 x 24 dan seterusnya RM828.52 x 276, n=25 tahun, i=9.25% p.a). Tarikh PPA/PSA April 1997. Oleh kerana terbengkalai Bank hanya bayar pemaju +/- RM40,000. Saya telah bayar bank +/- RM32,000 (RM370 sebulan lebih kurang 7 tahun). Bermula 2005 saya cuba membuat penyelesaian dengan bank. Rundingan demi rundingan gagal … saya minta bank membentangkan asas jumlah, sebaliknya bank mahu saya menawarkan jumlah penyelesaian, apabila bank tidak bersetuju mereka mengeluarkan surat menyatakan tidak bersetuju dengan jumlah tersebut dan memaklumkan tindakan mahkamah akan dikenakan ke atas saya.

    Pada September 2011 Bank memfailkan saman. Bank tuntut RM213,384.75 + kos guaman RM3,200.00. Tarikh saya kena hadir mahkamah sesyen 2/11/2011. Sebelum itu, saya telah memajukans satu cadangan penyelesaian, oleh itu di hadapan pendaftar, pihak bank bersetuju memohon penangguhan 1 bulan, sebelum kes ini diteruskan. Tarikh seterusnya yang diberi oleh pendaftar mahkamah ialah 6/12/2011.

    Sekiranya bank tidak bersetuju dengan jumlah yang saya tawarkan, saya perlu memfailkan “defend”.

    Mohoh pandangan Dr. berhubung perkara ini. Mohon juga cadangan Dr. berhubung defend yang boleh diambil. (contohnya berhubung “gharar al-fahish” dan PSA/PPA berasaskan “milk ghair al-tam”.)

    Berdasarkan penghakiman yang lepas (berdasarkan carian di internet) berhubung BBA, tidak memihak kepada defendan. Walaupun Bank belum pun membayar sepenuhnya PPA, tuntutan mereka menuntut penuh berdasarkan PSA.

    Sekiranya tuntutan bank RM216,000.00 berjaya, saya tidak akan mampu membayar jumlah tersebut dan berkemungkinan besar akan diistiharkan muflis.

  4. Saya tumpang bersedih di atas peristiwa malang yang menimpa saudara.

    Berikut adalah jawapan dan komen saya.

    1) How could the Bank request from the innocent borrower purchaser the whole settlement sum of the loan (amounting RM RM216,000.00), whereby the subject matter (the purported house) is abandoned and not completed?

    2) Why should the bank request for the whole settlement sum of RM 216,000.00 whereby the bank only had paid only RM 40,000.00 to the abandoned developer?

    3) Why had not the bank agreed to the proposal by the borrower purchaser that he (the purchaser) wished to pay the RM 40,000.00 as full settlement of his loan, the same amount that had been advanced by the bank to the abandoned developer?

    4) By right, the bank as the owner/proprietor to the land and building on it, as prescribed under the PPA (property purchase agreement) and PSA (property sale agreement) is under an obligation, to complete and hand over the duly completed house to the purchaser. The bank is liable to deliver the complete house and the purchaser has a cause of action against the bank on this basis, not otherwise. What an absurd transaction (BBA)!

    Saya berpendapat, saudara mempunyai ‘sebab’ yang kuat untuk mengambil tindakan ke atas bank itu. Sebenarnya, Bank itu yang bertanggungjawab memastikan rumah itu siap dan kalau tidak siap, bank perlu memberi gantirugi kepada saudara, bukan saudara yang perlu bayar.

    Saudara boleh mengeluarkan memorandum kepada Gobenor Bank Negara, PM sebagai Menteri Kewangan dan kepada Pengerusi BSN menyatakan masalah saudara dan mendapatkan penyelesaian sebaik mungkin. Di samping itu, ada baiknya saudara menubuhkan ‘pro-team’ committee perumahan terbengkalai yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada peminjam Islamic Housing Loan. Perjuangan secara berkumpulan adalah lebih baik dan berkesan daripada berseorangan.

    Saya cuba mencari-cari peguam yang sesuai untuk pihak saudara yang bersedia untuk menolong saudara.

    Moga-moga saudara berjaya. InsyaAllah.

    Dr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan
    Colgis
    UUM
    Kedah

  5. assalamulaikum dr,.my name is Arman and
    im a 4th year law student at unisza. one of my subject is professional practise. im so interested to present how to establish a university legal aid centre for charity purpose which i desire it will become realistic. im so concern relating to the procedure to establish the legal aid centre.tyvm

  6. Dear Arman, you can personally contact my e-mail.

  7. MD NIZAM BIN MD NOORDIN

    assalamualaikum…. Saya nizam ex-maem dulu dan pernah juga ada kes dgn pelajar daya ilmu dulu. Saya berhajat untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada tuan, saya dah hubungi tuan tetapi saya tak pasti no ni masih boleh dihubungi atau tidak. mohon tuan saya segera di talian 0194411260. Terima kasih….

  8. Emi Suzani Jaafar

    Asalamualikum Dr.
    Suami saya telah diberhentikan secara tidak adil pada 25.6.2014 dan sekarang menunggu samada majikan membayar pampasan atau kes tersebut akan dirujuk ke mahkamah perusahaan.
    Soalan saya adakah suami saya perlu melantik seorang peguam dan berapakah kos guaman yang perlu dibayar nanti.
    Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s