Projek Perumahan Terbengkalai: Berita Baik Untuk Peminjam Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP)

Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2011, peminjam yang terlibat dengan projek terbengkalai/bermasalah boleh:

1) Membatalkan pinjaman dan kadar faedah dikecualikan mulai dari tarikh surat pengesahan projek terbengkalai/bermasalah oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)/pihak berkuasa yang berkenaan; dan,
2) Bagi peminjam yang ingin meneruskan pinjaman, pengecualian faedah diberikan mulai dari tarikh surat pengesahan projek terbengkalai/bermasalah oleh KPKT/pihak berkuasa yang berkenaan tertakluk kepada maksimum 5 tahun. Bagaimanapun, pengecualian faedah ini ditamatkan mulai tarikh baucer bayaran pertama dikeluarkan setelah projek dipulihkan.

Sehubungan itu para pembeli yang terlibat perlu mendapatkan surat pengesahan projek terbengkalai daripada KPKT (Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai), Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur terlebih dahulu dan mengemukakannya kepada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) bersama pilihan kemudahan yang diberi untuk tindakan BPP. Bagaimanapun, prosedur pinjaman perumahan perbendaharaan tidak membenarkan arahan potongan gaji diberhentikan selagi bayaran balik pinjaman tidak diselesaikan.

13 responses to “Projek Perumahan Terbengkalai: Berita Baik Untuk Peminjam Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP)

  1. Merujuk kepada maklumat di atas, saya ingin bertanya pendapat pihak tuan, sekiranya saya hampir selesai membayar pinjaman bagi rumah (yang telah disahkan terbengkalai oleh KPKT beberapa tahun yg lepas), adakah saya layak untuk menuntut ‘rebate’ bagi kadar faedah yang dikenakan pada saya.
    Terima kasih.

  2. Berdasarkan pekeliling tersebut, pengecualian faedah hanya akan diberikan sekiranya:

    1) Anda telah membatalkan perjanjian pinjaman dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP); atau,
    2) Pengecualian faedah diberikan mulai dari tarikh surat pengesahan projek terbengkalai/bermasalah oleh KPKT/pihak berkuasa yang berkenaan tertakluk kepada maksimum 5 tahun. Bagaimanapun, pengecualian faedah ini ditamatkan mulai tarikh baucer bayaran pertama dikeluarkan setelah projek dipulihkan.

    Pada pandangan saya, pekeliling itu hanya melibatkan pengecualian pengiraan faedah bukan ‘rebate’. Justeru, anda tidak boleh mendapatkan ‘rebate’ faedah.

    Namun begitu, anda masih boleh merayu kepada BPP untuk mengurangkan jumlah faedah (rebate) yang dikenakan kerana masalah rumah terbengkalai anda.

  3. Terima kasih kerana menjawab persoalan saya & terima kasih juga kerana berkongsi maklumat ini di laman web tuan. Saya juga mmg bercadang utk menghubungi BPP.

    Mungkin pemahaman saya salah mengenai pengecualian faedah. Adakah pengecualian faedah bermakna saya dikecualikan pembayaran faedah (cuma membayar amaun dipinjam) berikutan rumah terbengkalai.

    ‘Rebate’ yang saya maksudkan adalah sejak membuat pinjaman, saya juga membayar faedah yakni tambahan kepada jumlah pinjaman. Mungkin tafsiran saya salah pada perkataan ‘pengecualian’ tersebut.

  4. Noorsham binti Din

    Tuan,
    Saya salah seorang pembeli rumah 2 tingkat Taman Kenanga Fasa 5A yang terbengkalai. Saya berada di luar negara buat masa ini. Adalah cukup dengan surat tanpa kepilan bukti seperti S&P untuk memohon pengecualian faedah.

    • Assalamualaikum,

      Puan perlu membawa dokument-dokument penting antaranya:

      1) Sale and purchase agreement
      2) Receipts of payment made
      3) Loan agreement
      4) endorsement letter from Ministry of Housing and Local Government that the project is abandoned.
      5) gambar-gambar rumah sekiranya ada
      6) IC, contact no. address.
      7) Penyata bank/lender

  5. Siti Anidah Mahadi

    Assalamualaikum tuan,

    Baru-baru ini saya telah menerima surat Notice of Termination – Termination of Sale & Purchase Agreement daripada pemaju rumah Capital Lane Sdn Bhd bagi projek Casas Gemilang House Phase 2 (Town House).

    Untuk makluman tuan, projek tersebut sepatutnya siap pada tahun 2009 tetapi apabila saya menemui pemaju, mereka mengatakan mereka menerima Stop Work Order daripada Local Authority.

    Oleh sebab masalah kewangan, maka pihak pemaju mengambil keputusan utntuk memberhentikan projek tersebut dan bersetuju untuk memulangkan semua bayaran yang diterima mengikut SPA dalam jangka masa 2 tahun dari tarikh berkuat kuasa.

    Persoalan saya:
    1. Saya dimaklumkan apabila kita menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, prosedur untuk mendapatkan semula semua borang yang diperlukan oleh pihak pemaju bagi menguruskan urusan pemulangan agak rumit berbanding dengan pinjaman perumahan oleh bank. Boleh tuan jelaskan masalah berkaitan hal tersebut?

    2. Kalau dilihat daripada bayaran yang hendak dipulangkan, jumlah yang dicatatkan oleh pihak pemaju kurang daripada amaun yang telah saya bayar semenjak potingan gaji dibuat. Baki bayaran bagi pinjaman tersebut akan tamat dalam masa beberapa bulan lagi. Apakah yang perlu saya lakukan?

    Saya amat berharap tuan dapat memberi penjelasan berhubung dengan perkara ini kerana saya tidak dapat mencari jawapan ini apabila merujuk kepada web site Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan.

  6. Salam Tuan,

    Selain hanya melibatkan pinjaman kerajaan, ada atau tidak pekeliling atau amendment yang melibatkan bank untuk projek terbengkalai iaitu untuk menghentikan faedah pinjaman?

    • Waalaykum salam,

      Saya tidak pasti sama ada bank-bank swasta boleh menghentikan faedah pinjaman. Namun begitu, tuan boleh merujuk kepada bank tersebut dan memohon sokongan daripada Bank Negara.

  7. Saya adalah pekerja di NCT united Development Sdn Bhd, Saya ingin beritahu pembeli pembeli di Taman Kenanga, bahawa kami di dalam ” process of varification” Pemberi di nasihat berhubung dengan Kami di

    NCT United development sdn bhd
    Menara NCT, nO 2 Jalan BP4/9,
    Bandar Bukit Puchong
    47100 Puchong,
    Tel NO. 603-80643333
    Person to contact : Mr. Hoh or Jessy

    Anda dinasihat berhubungi kami serta membawa Dokument Dokument seperti berikut:-

    fotocopy of Sale and purchase Agreement
    fotocopy ic
    Receipt pembayaran
    Statement dari Bank bagi Loan yang sudah dibayar dari pihak bank.

    Sila hubungi pembeli pembeli yang terlibat yang anda boleh hubungi. Terima Kasih

  8. Mohd arif bin ghazali

    projek perumahan taman jaza jasmine penor phang x siap2 lg….duit dah potng lme..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s