Ucapan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak Dalam Belanjawan 2012 Mengenai Projek Perumahan Terbengkalai dan Perbankan Islam Akan Menggunakan Konsep “Bina dan Jual”

Daripada: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1007&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm&arc=hive (muat turun pada 11 Oktober, 2011)

Bajet 2012: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara

Teks ucapan Bajet Tahun 2012 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Rang Undang-undang Perbekalan (2012) di Dewan Rakyat pada Jumaat, 7 Oktober 2011.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUQADDIMAH

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.

Pada kebiasaannya, rumah dijual sebelum pembinaan bermula di mana pembeli akan menanggung risiko sekiranya rumah tidak siap atau lewat disiapkan. Bagi melindungi pembeli, kerajaan menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah menggunakan kaedah bina kemudian jual. Untuk tujuan ini, bank-bank Islam yang telah bersetuju akan menyediakan pembiayaan patuh syariah dan mengambil risiko pembinaan. Pembeli hanya membayar ansuran setelah rumah siap dibina. Skim ini akan dilaksanakan bagi rumah bernilai RM600,000 dan ke bawah.

Selain itu, melalui Program Pemulihan Rumah Terbengkalai, Kerajaan berjaya memulihkan dan mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) bagi 82 projek yang melibatkan lebih 15,000 unit rumah. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha murni ini pada tahun 2012 dengan peruntukan RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai. Kerajaan juga memperuntukkan RM40 juta bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.

…(emphasis added).

One response to “Ucapan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak Dalam Belanjawan 2012 Mengenai Projek Perumahan Terbengkalai dan Perbankan Islam Akan Menggunakan Konsep “Bina dan Jual”

  1. Bank Negara dan para penasihat shariah perbankan Islam perlu menekankan tanggunngjawab bank Islam selaku ‘pemilik’ rumah yang telah dibeli oleh pembeli-pembeli. Ini termasuk memastikan rumah siap sepenuhnya dan sekiranya terbengkalai Bank Islam perlu memastikan pemulihan dapat dilaksanakan. Seterusnya hakmilik dapat didaftarkan atas nama para pembeli sekiranya pembeli telah selesai membayar kepada bank Islam. Selain daripada itu bank islam selaku pemilik rumah perlu membayar cukai tanah (quit rent), cukai pintu (assessment) dan membaiki rumah di sepanjang tempoh pinjaman berlangsung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s