Omar Bashir: Sudan Akan Laksana Perlembagaan Islam Total

October 13, 2011

From http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/omar-bashir-sudan-akan-laksana-perlembagaan-islam-total/ (accessed 19 October 2011)

KHARTOUM, 13 Okt — Sudan akan meneruskan langkahya mahu mengadakan perlembagaan Islam total selain memperkukuhkan undang-undang syariah, kata Presidennya Omar Hassan al-Bashir semalam, tiga bulan selepas Sudan Selatan berpisah dan menerima kemerdekaan.

Juba berpisah keluar pada 9 Julai lalu selepas satu referendum yang dipersetujui menerusi perjanjian damai 2005, yang mengakhiri perang saudara antara wilayah utara yang kebanyakannya beragama Islam dan selatan yang sebahagian besar merupakan penduduk Kristian dan kepercayaan tradisional yang lain.

Omar berkata Sudan akan menerima pakai perlembagaan Islam pada Disember ini jika Juba keluar tetapi ramai di selatan berharap beliau tidak akan berbuat demikian.

Komen beliau dilihat akan mencetuskan ketidaktentuan melibatkan kira-kira sejuta orang penduduk wilayah selatan yang masih tinggal di bahagian utara dan kini dianggap sebagai rakyat asing.

Khartoum telah memberi tempoh sehingga musim bunga ini untuk mereka tinggal atau memperoleh hak perundangan untuk tinggal terus – satu proses yang dilihat rumit.

“Seramai 98 peratus penduduk adalah Muslim dan perlembagaan baru akan menggambarkan yang ini. Agama rasmi ialah Islam dan undang-undang Islam akan menjadi sumber utama (perlembagaan),” kata Omar kepada pelajar-pelajar di Khartoum dalam satu ucapan.

“Kita boleh dipanggil sebagai negara Islam,” kata Omar, yang sebelum ini dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung tuduhan jenayah perang di Darfur.

Perjanjian damai 2005 mewujudkan perlembagaan sementara yang mengehadkan undang-undang Islam di wilayah utara dan mengiktiraf “kepelbagaian budaya dan sosial rakyat Sudan.”

Penduduk Sudan Selatan berkata mereka tidak dilayan dengan mesra di utara sejak pemisahan.

Kini, mereka telah kehilangan jawatan kerajaan dan perlu memperoleh permit kerja dan tinggal jika mahu terus duduk di utara. — Reuters (emphasis added).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s