Isu Perundangan Syariah Perbankan Islam Ke Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA 25 October, 2011

From: Utusan Malaysia, Wednesday, 26 October, 2011, Section: Dalam Negeri, page 22

Pertikaian melibatkan isu perundangan syariah dalam kes saman antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) tidak wajar dirujuk terus ke peringkat tertinggi, sebaliknya perlu dibicarakan dan diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi.

Demikian keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini ketika menolak rayuan Abdul Khalid yang memohon agar mahkamah itu mendengar dan menentukan isu-isu perundangan syariah berhubung pertikaian mengenai kesahihan kontrak perjanjian Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) di bawah perbankan Islam.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri ArifinZakaria kemudian memerintahkan penentuan isu berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh,bukannya melalui rujukan terus manakala sebarang rayuan perlu dikemukakan mengikut prosedur biasa dan akan diberi laluan pantas.

Hakim Arifin menyatakan, sebarang rayuan terhadap keputusan di peringkat Mahkamah Tinggi akan menjadikan kes itu sebagai kes ujian bagi membolehkan mahkamah tertinggi menentukan isu-isu perlembagaan kelak.

Selepas mendengar penghujahan pelbagai pihak, Hakim Arifin menegaskan, pada peringkat ini, Mahkamah Tinggi belum membuat keputusan berhubung isu perundangan syariah yang dipertikaikan, menjadikannya tiada fakta untuk dirayu.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; dan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong.

Abdul Khalid antaranya memohon mahkamah menentukan persoalan sama ada Seksyen 56 dan 57 Akta Bank Pusat 2009 bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal kerana melanggar Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak Majlis Penasihat Syariah (SAC) yang diberikuasa menentukan undang-undang Islam.

Persoalan tersebut dibangkitkan ketika MahkamahTinggi mendengar perbicaraan kes saman melibatkan MenteriBesar itu dan BIMB berhubung pertikaian mengenai pinjaman berjumlah RM66.67 juta yang digunakan oleh beliau untuk membeli saham Guthrie Bhd (Guthrie), sembilan tahun lalu.

Pada 18 Julai lalu, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh merujuk isu berkenaan ke Mahkamah Persekutuan di bawah kategori kes khas selepas menimbangkan permohonan daripada Abdul Khalid dan BIMB.

Perbicaraan kes saman itu didengar berikutan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 3 Mac tahun lalu yang memutuskan Abdul Khalid tidak perlu melunaskan pinjaman RM66.67 juta kepada BIMB, sekaligus mengetepikan penghakiman terus dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan beliau yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Guthrie Bhd, setelah berpendapat pertikaian mengenai urusan perbankan Islam yang dikemukakan dalam saman itu perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh.

Mahkamah beralasan, ini kerana kesahihan sebarang transaksi dalam perbankan Islam memerlukan pandangan pakar-pakar perundangan Syariah jika wujud pertikaian yang didakwa bercanggah dengan ajaran agama.

Abdul Khalid menyaman BIMB berhubung dakwaan bahawa penjualan saham Guthrie miliknya mengikut perjanjian itu dilakukan secara salah.(emphasis added).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s