Lagi Mengenai Pinjaman BBA Housing Loan Yang Tidak Masuk Akal dan Tidak Adil

Saya ada menerima lagi e-mail mengenai masalah pinjaman perumahan BBA. Berikut adalah e-mail tersebut. Mohon pandangan anda semua.

“Waalaikumussalam,

Dr. Nuarrual Hilal,

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih dan terharu atas keperhatinan Dr. berhubung permasalahan yang saya hadapi. Terima kasih juga kerana mengirimkan artikel-artikel yang relevan mengenai kes ini.  Keperihatinan Dr. sebenarnya mengurangkan resah hati / jiwa yang tidak tenang … yang membebankan rohani dan jasmani. Saya amat berterima kasih.

Update berhubung kes saya ini :-

Saya baru mendapat perkhabaran dari pihak bank berhubung cadangan penyelesaian yang saya kemukakan terdahulu.  Pihak Bank menerima cadangan saya untuk menyelesaikan kes ini. Oleh itu pihak bank akan menarik balik saman terhadap saya.

Walaupun kes saya ini selesai, tetapi ramai lagi diluar sana yang menghadapi permasalahan yang serupa ..di saman disebabkan rumah terbengkalai.  Apabila dibawa ke mahkamah, pembiayaan BBA tidak berpihak kepada peminjam.  Saya lampirkan satu artikel dari Berita Harian berhubung BBA ini.  Selain itu, berdasarkan carian di internet, saya temui beberapa laman web yang mengandungi keputusan penghakiman kes-kes BBA di mana, pada mulanya penghakiman berpihak kepada defendan bahawa tidak wajar bank menuntut jumlah penuh berdasarkan PPA, tetapi apabila dibawa ke mahkmah rayuan, keputusan kembali berpihak kepada bank. Mohon rujuk : http://zulkiflihasan.wordpress.com/2010/04/23/the-chronicle-of-bba-continues/ (sila maklum ruangan komen yang mengandungi maklumat keputusan mahkamah rayuan. dan sumber yang lain : http://islamicfinanceasia.blogspot.com/2010/04/bai-bithaman-ajil-contract-challenged.html.  Saya merasakan bahawa keputusan oleh Hakim Datuk Rohana mempunyai unsur pembelaan kepada peminjam, namum apabila di hakimkan (rayuan) berasaskan kontrak PPA yang didasarkan kepada perundangan sivil, maka akhirnya memihak kepada bank.

Oleh yang demikian, memahami keadaan ini, saya melihat bahawa option yang ada bagi peminjam ialah kembali kepada bank dan menyelesaikan berdasarkan terma mereka. Sekiranya tidak, terpaksa berhadapan dengan risiko yang lebih besar, terpaksa membayar penuh (dalam kes saya, RM216K + kos peguam), jika gagal boleh diistiharkan muflis..rumah / kereta yang ada pun berkemungkinan dilelong. Tidak sanggup rasanya menghadapi keadaan ini lebih-lebih lagi anak-anak yang masih bersekolah.  Tidak dapat dibayangkan kami dan anak-anak terpaksa keluar dari rumah disebabkan rumah yang akan dilelong. Hasrat hati untuk bermuamalat mengikut syariah, lalu pembiayaan BBA dipilih, walaupun tahu kadar profit dan bayaran bulanan lebih tinggi berbanding konvesional. Yakin atas namanya Perbankan Islam, malah di sahkan oleh Bank Negara Malaysia … akhirnya kami dizalimi. 

Namun saya melihat artikel Dr. dari satu perspektif berlainan merungkai kewajaran kontrak PSA dan PPA (kapasiti jual beli tanpa hak milik mutlak). Sebagai golongan yang berpengetahuan dalam bidang ini tentunya Dr. boleh berperanan membantu mereka-mereka yang teraniya oleh keadaan ini. Bersama-sama rakan-rakan Dr. di kalangan peguam, saya percaya perubahan boleh dicipta dalam konteks BBA ini.

Oh ya … saranan Dr. untuk merujuk perkara ini kepada Bank Negara Malaysia.  Telah saya lakukan terdahulu … BNM hanya memanjangkan surat kepada bank yamg berkaitan dan pihak bank diarahkan untuk menjawab dalam tempoh 14 hari.  Bank kemudian memaklumkan bahawa mereka telah menghubungi peminjam dan proses perundingan sedang berjalan … NFA.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.  Doa saya agar Dr. sekeluarga akan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T hendaknya.

Zailani b. Abdul Jamil

Semenyih, Selangor. (emphasis added).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s