Laporan Tahunan 2011 PEMUDAH Melibatkan Projek Perumahan Terbengkalai

Berikut adalah beberapa penambahbaikan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif dasar kerajaan Malaysia melibatkan projek perumahan terbengkalai yang diluluskan oleh PEMUDAH menurut Laporan Tahunan 2011

Projek Perumahan Terbengkalai

(i) Menyelesaikan dan menyiapkan 94 projek daripada 116 projek rumah terbengkalai (sehingga 31 Disember 2011);

(ii) Memperkenalkan Konsep Build-Then-Sell (BTS);

(iii) Pindaan kepada Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118); dan

(iv) Memaparkan maklumat pemaju perumahan yang disenaraihitamkan dan projek projek perumahan yang bermasalah di laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (www.kpkt.gov.my).

Projek Perumahan Terbengkalai

(i) Mengurangkan dan menghalang kemungkinan berlakunya projek perumahan terbengkalai melalui:

(a) Insuran Perumahan Siap/Skim Jaminan; dan

(b) Pemindaan Pembayaran Berjadual di bawah Akta 118 dan lain-lain akta yang berkaitan bagi pindah milik dan Pemilikan Kosong secara berterusan.

4. PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Pada tahun 2011, Pasukan Petugas Khas Projek Perumahan Terbengkalai telah berjaya menyelesaikan 32 projek rumah terbengkalai. Baki 62 projek perumahan terbengkalai sedang dipulihkan di pelbagai peringkat pemulihan (melibatkan 26,486 unit dan 17,400 pembeli) manakala 22 projek lagi masih dalam peringkat perancangan untuk dipulihkan oleh pemaju yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan. Inisiatif lain yang telah dilaksanakan bagi membendung projek perumahan terbengkalai adalah:

(i) Pelaksanaan sepenuhnya Konsep Bina Kemudian Jual (Build-Then-Sell (BTS)) oleh pemaju perumahan berlesen menjelang tahun 2015 melalui pembiayaan perumahan berlandaskan syariah kepada pembeli; dan

(ii) Pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang merangkumi beberapa pindaan peruntukan seperti berikut:

(a) Peningkatan dalam deposit daripada RM200,000 kepada tiga peratus daripada jumlah anggaran kos pembangunan fizikal yang juga termasuk yuran professional untuk Akaun Pembangunan Perumahan (HDA); and

(b) Pembeli rumah diberi pilihan untuk membatalkan Perjanjian Jual Beli (SPA) sekiranya tiada kemajuan di tapak dalam tempoh enam bulan dari tarikh perjanjian ditandatangani;

(c) Meluaskan skop Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) bagi membolehkan pembeli rumah membuat tuntutan ganti rugi daripada pemaju projek perumahan yang tidak berlesen;

(d) Mengenakan penalti maksimum sebanyak RM50,000 daripada RM20,000 sebelumnya bagi kesalahan yang dibuat oleh pemaju di bawah mana-mana peruntukan di bawah Akta 118;

(e) Mendakwa pemaju yang bertangggungjawab ke atas projek-projek rumah terbengkalai; dan

(f) Definisi ‘Pemaju Perumahan’ telah diperluaskan merangkumi pelikuidasi di mana peranan mereka adalah untuk memulih semula projek terbengkalai sekiranya syarikat dalam penggulungan. Senarai pemaju yang disenarai hitam dan projek perumahan yang bermasalah dipaparkan di laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (www.kpkt.gov.my).

5. PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Di antara penambaikan dasar dan lain-lain inisiatif yang dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengurangkan dan menghalang potensi berlakunya projek perumahan terbengkalai ini adalah seperti berikut:

(i) Skim Insuran Perumahan/Skim Jaminan; dan

(ii) Penyerahan milikan kosong dan pindah milik tanah dilaksanakan secara serentak dengan meminda jadual pembayaran di dalam Akta 118 dan lain-lain akta yang berkaitan.

…(emphasis added).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s