Projek Rumah Terbengkalai – Meru, Klang, Selangor

Saya mendapat email daripada salah seorang pembeli projek perumahan terbengkalai. Email beliau adalah begini.

“Salam Tuan,

Saya mencari2 artikel berkaitan rumah terbengkalai dan telah terserempak dengan web/blog tuan. Terima kasih atas info2 yang tercatat di sana.

Saya juga ada kes rumah terbengkalai ini. Mohon dapat tuan berikan pandangan untuk dijadikan panduan.

 Butiran projek :

Lokasi tapak projek : Meru, Klang

Tarikh S&P : Mei 2004

Jenis rumah : Teres 1 tingkat, 35 unit kesemuanya

Tahap kemajuan projek : 65% siap

Terbengkalai sejak : Tahun 2006

Untuk makluman, kami pembeli telah ajukan kepada pihak KPKT dan dimaklumkan pemaju tidak berlesen di bawah KPKT. Untuk itu kami majukan pula ke pihak Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor juga YB setempat.

Tatkala ini ada pemaju penyelamat yang sedia untuk memulihkan projek tesebut tetapi pembeli terpaksa bersedia untuk membayar top-up sebanyak RM30K untuk setiap unit atas alasan kos bahan binaan kini adalah tinggi berlipat kali ganda.

Kami pembeli bersedia untuk top-up tapi subject to rumah siap sepenuhnya berserta CF namun di pihak pemaju penyelamat mereka berhasrat top-up ini perlu dijelaskan secara staged mengikut progress billing.

Ini menimbulkan keresahan dikalangan pembeli kerana terdapat risiko jika rancangan pemulihan ini juga terpalit sama tergendala di pertengahan jalan.

Kini kami berkira2 untuk mengheret pemaju asal yang masih ‘bernyawa’ ke mahkamah.

Apa pandangan tuan? Atau tuan mempunyai plan yang lebih baik yang boleh kami praktikkan..

Segala input tuan amatlah saya hargai.

Terima kasih.

Wassalam

shaari nordin”

One response to “Projek Rumah Terbengkalai – Meru, Klang, Selangor

  1. muhammad shafiq bin sahrom

    saya dari fiq resources construction, masalah tuan / puan sya boleh selesai kan. sy menyediakan perkhidmatan melukis / mereka pelan. sila hubungi sya 0108976851 shafiq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s