Lagi Mengenai Projek Perumahan Terbengkalai Melibatkan BBA – e-mail terbaru

Sekali lagi saya mendapat email mengenai masalah projek perumahan terbengkalai dan isu BBA.

email itu berbunyi begini:

“Salam Tuan,

Saya terbaca artikel berkenaan rumah terbengkalai di Meru dan juga isu2 berkaitan pinjaman BBA apabila berlaku projek terbengkalai.

Saya juga adalah seorang pembeli sebuah rumah semiD di Meru pada tahun 2004 yg telah terbengkalai. Juga mempunyai pinjaman BBA bersama BIMB utk rumah ini.

Malangnya, pemaju telah menyatakan kegagalannya utk meneruskan projek dan meminta kami membatalkan Perjanjian JualBeli tersebut. Surat Pembatalan telah dikeluarkan dan saya telah menerimanya kerana pemaju menyatakan bahawa semua wang yg telah dikeluarkan oleh bank dan juga saya akan dipulangkan. Surat ini telah diberikan kepada semua pihak; bank,saya dan peguam. Tetapi pemaju telah gagal memulangkan wang tersebut kpd bank.

Setelah tunggakan sy berjumlah RM30k, barulah pihak bank menghubungi dan meberitahu mereka tidak dpt wang dari pemaju tersebut dan mula mengejar saya dan ingin mengambil tindakan undang2 (bankrupsi) kpd saya sekiranya saya tidak membayar installment seperti dlm perjanjian. Saya cuba minta agar saya membayar secara ansuran jumlah yg telah dikeluarkan sahaja, namun pihak bank tidak menerimanya dan tetap menyatakan jumlah hutang saya adalah seperti dalam perjanjian. Saya tidak berpuas hati kerana wang yg dikeluarkan hanya separuh dari jumlah pinjaman.

Oleh kerana saya tiada pilihan lain pada masa itu, memandangkan tunggakan telah mencecah RM30ribu, dan pihak bank menyatakan tindakan bankrupsi akan diambil, saya terpaksa menerima tawaran penjadualan semula pinjaman saya. walaupun ianya penjadualan semula, pengiraan asasnya adalah berdasarkan jumlah keseluruhan ditolak jumlah yg belum dikeluarkan. contoh:

(A) Harga Jualan (loan) = RM150k

(B) Harga Belian (bank) = RM500k

(C) Jumlah telah dikeluarkan kpd pemaju = RM80k

(D) Baki belum dikeluarkan = RM70k

Oleh itu penjadualan semula adalah atas amaun RM430k:

(B)-(D)= RM500k- RM70k = RM430K (ini tidak adil, kerana bank tetap mendapat ‘keuntungan/profit’ nya dgn penuh. Dan baki RM70k tersebut pun tidak dikeluarkan (dan mereka masih boleh gunakan wang ini utk jana keuntungan lain)

 Saya sgt sedih dan kecewa dgn situasi ini kerana:

(i) Penjanjian JualBeli dgn pemaju telah dibatalkan. tiada apa yg menjadi milik saya,

(ii)Pemaju telah lari. sukar utk saya dpt gantirugi.

(iii) pihak bank tidak membantu, malah membebankan dgn pembiayaan semula yg tidak adil (pada saya)- saya reda dgn item (i) dan (ii) tetapi item (iii) ini mmg saya tidak boleh terima.tp itulah barangkali undang2 kita.

Sehingga skrg saya tidak tahu apa yg bole saya lakukan atau apa2 hak bila berlaku keadaan seperti ini.

Sekira Tuan ada sebarang pandangan/komen/nasihat utk kes saya ini, saya sgt menghargainya.

Terima kasih.

-azlina-“

(emphasis added).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s