Lagi Mengenai Projek Perumahan Terbengkalai Melibatkan BBA – e-mail terbaru: Jawapan dan Pandangan Saya

Ini adalah jawapan dan pandangan saya mengenai email itu.

“Waalaykum salam,

 Saya bersimpati dan bersedih atas masalah yang menimpa puan.

Pada pandangan saya, kebanyakan BBA yang dilaksanakan oleh bank-bank Islam di Malaysia tidak menepati kaedah syarak.

Alasan-alasannya adalah berikut:

1) Apabila rumah yang dibeli terbengkalai, bank masih meminta pembeli membayar ansuran bulanan sedangkan rumah belum siap dan terbengkalai. Sebagai ’pemilik’ rumah itu, bank bertanggungan untuk menyiapkan rumah bagi pihak pembeli. Sekiranya tidak, iaitu bank gagal untuk memastikan rumah itu disiapkan sepenuhnya, pembeli berhak mendapat gantirugi dan specific performance daripada bank tersebut, bukan sebaliknya. Saya nyatakan bank sebagai ’pemilik’ rumah adalah berdasarkan kepada terma-terma dalam Property Sale Agreement (PSA) dan Property Purchase Agreement (PPA). Sila rujuk PSA dan PPA puan.

2) Bank itu tidak berhak mendapatkan keseluruhan jumlah yang harus dibayar iaitu RM 450,000.00. Ini adalah kerana jumlah RM 450,000.00 ini merujuk kepada rumah yang telah siap dan boleh diduduki, serta merupakan harga untuk 20 atau 30 tahun akan datang. Sekiranya bank meminta RM 450,000 juga, ini adalah suatu penipuan dan kezaliman.

3) Tidak ada imbangan kepentingan (balancing interest) di antara bank tersebut dan puan dalam terma-terma BBA. Bank hanya memerlukan wang puan. Tetapi apabila terbengkalai, bank tidak bertanggungjawab. Malah meminta puan membayar jumlah yang dikehendaki. Isunya, dalam hal ini, para pembeli tidak mendapat apa-apa manfaat/faedah/consideration daripada transaksi rumah itu. Bagaimana mungkin pembeli perlu bayar kepada bank pula? Sedangkan bank goyang kaki (mendapat duit free) tanpa risiko, dan peminjam seperti puan mendapat ’bala’. Bank sepatutnya mengambil tindakan ke atas pemaju yang mungkir itu.

Pada pandangan saya, puan berhak untuk tidak membayar satu sen pun kepada pihak bank. Sepatutnya, pihak bank yang perlu membayar gantirugi kepada puan. Saya berhujah bank adalah ’pemilik’ rumah menurut PPA dan PSA itu. Sebagai pemilik, bank bertanggungan untuk memastikan rumah itu siap sepenuhnya.

Saya cadangkan pihak puan menulis surat kepada Gabenor Bank Negara, CEO bank tersebut dan Perdana Menteri mengenai perkara ini. Adalah tidak adil untuk bank menuntut wang daripada puan, sedangkan rumah belum siap dan terbengkalai. Bank sepatutnya menyaman pemaju yang mungkir itu, bukan puan. Mohon seperti yang dicadangkan di atas.

Sila rujuk kepada artikel saya yang dilampirkan berjudul:

1) Shariah and Legal Issues in House Buying in Malaysia: The Legality of Bay’Bithaman-Al-Ajil (‘BBA’) with Special Reference to Abandoned Housing Projects, Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 19(2), 349, 2011; dan,

2) Shariah and Legal Issues in Bay’ Bithaman al-Ajil (BBA): A Viewpoint [2010] 3 ShLR 90.

Puan, boleh juga kepilkan artikel di atas dalam surat kepada Gabenor Bank Negara, CEO bank tersebut dan Perdana Menteri.

Selamat berjuang.

Dr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan ACIS

…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s