Perbankan Islam Diminta Lebih Berperikemanusiaan Terhadap Pembeli Rumah Terbengkalai

From http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=2014%3Aperbankan-islam-diminta-lebih-berperikemanusiaan-terhadap-pembeli-rumah-terbengkalai&catid=35%3Anasional&Itemid=53&lang=bm (accessed 17 Oktober, 2012)

Kuala Lumpur – Pihak Perbankan Islam di negara ini diminta untuk lebih berperikemanusiaan kepada pembeli rumah terbengkalai supaya tidak terbeban dengan hutang yang berisiko menjadi muflis.

Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata pihaknya mendapati terdapat banyak kes pembeli menghadapi kes mahkamah yang difailkan pihak perbankan Islam itu bagi menuntut bayaran balik dengan kadar tinggi biarpun rumah tidak siap.

Beliau berkata demikian dalam Forum Pengguna 2012 bertajuk “Perbankan Islam Hanya Pada Nama?” di sini.

Aktivis PPIM Shirazdeen Adam Shah bertindak sebagai moderator forum itu manakala Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad Ustaz Mohd Nadzri Chik sebagai panel kedua dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd Datuk Abdul Manap Abdul Wahab menjadi panel keempat.

Sheikh Abdul Kareem yang juga panel ketiga forum itu berkata sebagai sebuah entiti yang berlandaskan syariah, pihak bank wajar memikirkan masalah yang dihadapi pengguna Islam yang mana pegawai-pegawai bank tersebut disaran menggunakan budi bicara dalam usaha membantu pembeli Islam meringankan beban mereka.

Sementara itu, panel pertama yang juga Pengarah Institut Kajian Tadbir dan Inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan berkata Bank Negara perlu memperbaiki sistem Perbankan Islam di seluruh negara supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat terutama dalam hal tanggungan hutang akibat rumah terbengkalai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s