Forum: Isu-isu Perlembagaan Melibatkan Agama Islam

INSTITUTE FOR GOVERNANCE AND INNOVATION STUDIES

UUM COLLEGE OF LAW, GOVERNMENT AND INTERNATIONAL STUDIES

Forum Isu-isu Perlembagaan Melibatkan Agama Islam

Pada 26 Mac, 2013 (Selasa), bertempat di Dewan Seminar B, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia.

Ahli-ahli panel:

1) Professor Datuk Dr. Zainal Kling, Professor UUM Colgis – penceramah pertama

2) Dato’ Hj. Zainul Rijal Abu Bakar – Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, penceramah Kedua

3) Dr. Nuarrual Hilal Md Dahlan – Pengarah, Institute for Governance and Innovation Studies, UUM COLGIS, sebagai moderator

Tajuk forum di atas merupakan tajuk biasa dan lama. Namun berdepan dengan pelbagai isu-isu semasa tajuk forum ini masih lagi bersifat ‘evergreen’ dan segar khususnya dalam pembahasan ilmiah, professional and diskusi akademik mutakhir serta relevan dalam menggariskan dasar-dasar Negara.

Ugama Islam telah diletakkan pada kedudukan yang istimewa menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Ianya telah dijadikan agama Persekutuan.

Namun begitu, isu-isu yang timbul sejak akhir-akhir ini yang menggugat kemuliaan dan kesucian Islam itu sendiri.

Menurut ahli forum pertama, Professor Datuk Dr. Zainal Kling, Professor UUMCOLGIS agama Islam telah bertapak di Nusantara dan Kepulauan Melayu sejak abad yang 11. Pada mulanya Islam dianuti oleh komuniti-komuniti kecil hasil dakwah yang dibawa oleh pendakwah Islam Asia Barat dan India. Kemudian Islam telah diterima oleh masyarakat dan negeri-negeri di Nusantara. Pemerintah-pemerintah dan raja-raja Melayu telah memeluk Islam sebagainya contohnya Sultan Malikul Saleh, pemerintah negeri Pasai, Utara Sumatera. Islam telah menjadi suatu agama rasmi empayar-empayar melayu sebermula abad yang ke 13 sehingga ke hari ini, melenyapkan sama sekali pengarah agama Hindu dan Buddha yang telah dianuti sejak zaman berzaman sebelum itu. Walaupun kedatangan pengaruh Portugis, Belanda dan Inggeris yang rakus dengan dasar mereka – God, Gold, Glory, termasuk menyebarkan agama Kristian di kepulauan dan negeri-negeri Melayu, namun, Islam masih lagi dapat bertahan dek menghadapi pengaruh-pengaruh mereka. Pada hemat mantan professor Universiti Malaya ini juga , Portugis dan Belanda hanya menguasai pelabuhan dan ibu negeri Melaka dan beberapa tempat strategik di kepulauan Melayu. Namun begitu, kekuasaan mereka tidak menembusi ke seluruh pelusuk tanah air dan kepulauan Melayu yang lain contohnya di Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor dan lain-lain. Amalan dan ajaran Islam masih lagi diamalkan dan terlestari daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Mungkin ini disumbangkan oleh kegiatan dan aktiviti dakwah oleh ilmuan dan ulamak Islam yang bertaburan di seluruh pelosok nusantara sebagai contohnya jaringan dakwah yang dijalankan oleh wali Songo di Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan melayu lain, sehingga memungkinkan penghayatan Islam itu dapat terus bertahan.

Keteguhan pengamalan agama Islam ini terencat apabila British melalui dasar imperialism dan kolonialisme menguasai Tanah Melayu dan kepulauan Melayu yang lain. British atau Inggeris telah menguasai pentadbiran dan sosio-ekonomi negeri-negeri Melayu termasuklah memperkenalkan secara paksa pemakaian undang-undang Inggeris bagi mengurus pelaksanaan ekonomi dan sosio-politik mereka. Agama Islam hanya bersifat peribadi penduduk-penduduk yang terbatas dalam konteks kekeluargaan, perwarisan, wakaf, masjid, Baitul Mal dan di bawah kendalian pemerintah-pemerintah Melayu ketika itu. Undang-undang jenayah, komersial, pentadbiran dan undang-undang moden yang lain menggunakan undang-undang Inggeris. Dalam memaksa undang-undang Inggeris ini beberapa set undang-undang yang mengharuskan pemakaian undang-undang mereka ini telah dikuatkuasakan melalui First Charter of Justice, Second Charter of Justice dan Civil Law Ordinance and Enactment.

Apa yang malang menurut mantan penyandang Kursi Tun Abdul Ghaffar Baba UPSI ini, Inggeris hanya memerlukan 70 tahun untuk menguasai falsafah, kebudayaan dan pandangan alam (worldview/epistemology) orang Melayu. Kesannya dasar-dasar kolonialisme and imperialism Inggeris ini juga menjadikan orang Melayu lack of self confidence dan sedikit sebanyak melumpuhkan jatidiri dan semangat juang orang Melayu. Benarlah kata-kata Malek Bennabi:

“Colonialism is responsible for the dearth of the desirable means for developing his talents and material resources, but the unwillingness of the Muslim to utilize the available means, and to exert the required over-effort to raise his standard of life denotes colonisibility.” (Malek Bennabi, Islam in History and Society, 1987, Islamic Research Institute Publications, Islamabad, hlm. 54)

Sepatutnya tempoh malang 70 ini tidak boleh dijadikan alasan bagi orang-orang Melayu untuk bingkas bangun semula meneruskan kesinambungan kegemilangan bangsa Melayu yang telah terbukti kegagahannya sejak 2000 tahun lampau. Semangat juang dan jatidiri orang perlulah digemblengkan bagi memastikan kesinambungan undang-undang dan dasar-dasar Islam yang tidak harus tunduk dengan desakan-desakan yang bersifat peribadi, chauvinistic dan buta sejarah serta budaya yang boleh menjahanamkan kerangka dan penghayatan jasad dan roh Islam itu sendiri.

Ahli panel kedua forum – Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar pula membahasakan isu-isu rumit yang timbul dalam beberapa kes undang-undang contohnya kes Nyonya Tahir dan Lina Joy. Kes-kes ini melibatkan isu murtad, isu pertentangan dan pertindihan bidang kuasa Mahkamah Shariah dan Mahkamah Sivil, isu ketidak-seragaman Undang-undang Kekeluargaan Islam, Tatacara Mal, Jenayah Islam dan pentadbiran undang-undang Islam di negeri-negeri di Malaysia. Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia ini juga menyentuh mengenai deraf bil Hudud Kelantan dan Terengganu yang pada hematnya berlawanan dengan bidang kuasa Persekutuan dan negeri-negeri yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada hemat beliau, bukan semua undang-undang Inggeris yang dilaksanakan pada masa kini berlawanan dengan undang-undang Islam. Terdapat banyak persamaan. Namun, terdapat beberapa peruntukan-peruntukan undang-undang Malaysia yang berlawanan dengan undang-undang Islam. Ini boleh diharmonikan dengan membuat beberapa penyesesuaian dalam kerangka undang-undang sedia ada, contohnya dalam kes pembunuhan, Islam mengenakan hukuman Qisas, tetapi dalam Kanun Kesiksaan sekiranya terbukti pesalah akan dikenakan hukuman bunuh. Namun, terdapat peruntukan di mana Yang Dipertuan Agong boleh memberi ampun ke atas pesalah. Bagi membolehkan undang-undang Islam dapat dilaksanakan Yang Dipertuan Agong boleh mendapatkan kebenaran waris orang yang dibunuh itu bagi mendapatkan maaf dan gantirugi boleh dikenakan ke atas pembunuh tadi.

Antara lain-lain isu yang disentuh oleh Pakar Rujuk Komuniti Shariah Jabatan Peguam Negara ini juga adalah isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia, isu pengurusan dan perjawatan Jabatan Kehakiman Shariah dan Jabatan Kehakiman Shariah negeri-negeri, Enakmen Profesyen Peguam Sharie, Isu Kalimah Allah dan isu mengenai The Law Reform Marriage and Divorce Act 1976 melibatkan pasangan Islam.

Forum ini berakhir tepat jam 12.30 tengahari dan dihadiri oleh para pensyarah UUM, staf UUM dan pelajar undang-undang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s