Pelantikan Hakim Mahkamah Sivil dan Syariah di Malaysia

Pelantikan Hakim Mahkamah Sivil dan Syariah di MalaysiaCitation:

Megat Latif, Hairuddin and Md Dahlan, Nuarrual Hilal (2003) Pelantikan hakim mahkamah sivil dan syariah di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia , 15 (3). pp. 23-56. ISSN 0128-2670.

Abstract:

Dalam kehidupan manusia semenjak diturunkan Nabi Adam A.S. ke dunia ini, perbezaan fikiran dan pendapat merupakan perkara yang dapat dikatakan akan wujud apabila ada interaksi antara dua individu manusia atau lebih. Perbezaan pendapat ini kadang-kadang membawa perbalahan dan pergaduhan antara kedua-dua individu berkenaan. Jika hal ini berlaku, maka siapakah yang akan menyelesaikan atau mendamaikan kedua-dua individu ini? Interaksi antara dua individu manusia sering kali juga menyebabkan termeterainya perjanjian antara mereka tentang berbagai-bagai perkara. Misalnya, jual beli barangan, sewa-menyewa premis atau tanah, pelantikan sebagai ejen atau prinsipal, pajakan dan sebagainya. Pada masa kini, perjanjian itu dikenal sebagai perjanjian komersial. Jika timbul perbalahan tentang perjanjian ini, maka siapakah yang akan membuat penyelesaian tentang perbalahan ini? Contohnya, perbalahan tentang tafsiran perkara tertentu dalam perjanjian. Dalam konteks negara pula, berbagai-bagai undang-undang yang bertujuan untuk mengawal dan mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam negara berkenaan telah diwujudkan. Contohnya, undang-undang jenayah dan undang-undang perlembagaan merupakan dua cabang undang-undang awam yang begitu sinonim dengan sesebuah negara demokrasi. Sekiranya seseorang rakyat ditangkap oleh pihak berkuasa yang memerintah atau lebih mudah difahami sebagai kerajaan, siapakah yang patut menentukan sama ada yang ditangkap itu bersalah ataupun tidak? Demikian juga sekiranya timbul perbalahan tentang tafsiran mana-mana artikel atau perkara dalam perlembagaan. Maka, siapakah yang sepatutnya memberikan tafsiran tentang perkara perlembagaan berkenaan? Sebagai jawapan kepada semua persoalan itu, tentulah orang yang waras dan berilmu akan mengatakan bahawa perlulah dipilih atau dilantik seseorang yang tidak mempunyai kepentingan atau kaitan dengan perbalahan, perkara, atau pertikaian yang menjadi persoalan. Orang yang waras dan berilmu akan mengatakan bahawa hendaklah dipilih seorang orang tengah yang tidak akan berat sebelah terhadap mana-mana pihak yang bersengketa atau berbalah. Orang tengah ini mestilah orang yang dalarn persoalan pertama bukannya orang yang mempunyai pertalian darah atau persaudaraan atau sahabat handai yang akrab dengan pihak yang berbalah. Manakala dalam persoalan yang kedua, orang tengah itu mestilah orang yang tiada pertalian dengan pihak yang terlibat atau tiada kepentingan…

Keywords: Pelantikan Hakim Mahkamah Sivil dan Syariah di Malaysia, Isu-isu, Undang-undang Sivil, Undang-undang Islam.

Full Paper: 2003 ResearchGate, Academia, WordPress & Linkedin Pelantikan Hakim Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah Kanun DBP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s