AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342) – TANGGUNGJAWAB MEMBERITAHU KEWUJUDAN PENYAKIT DAN PESAKIT BERJANGKIT

2020 NST Covid19 C

Di kala kita berdepan dengan cabaran COVID-19 disebabkan oleh virus corona, adalah baik sekiranya penulis berkongsi maklumat dan pengetahuan mengenai suatu akta yang penting iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (‘Akta 342’).

Tujuan Akta 342 ini adalah untuk mengawal penularan dan jangkitan penyakit serta pencegahannya oleh kerajaan dan rakyat.

Pada masa ini cabaran penyakit COVID-19 adalah amat mencabar di Malaysia.  Ini adalah kerana, bilangan pesakit sentiasa bertambah saban hari tanpa ada tanda-tanda berkurangan.

2020 NST Covid19 E

Di bawah ini, sukacita penulis ingin berkongsi pengetahuan mengenai pencegahan penyakit berjangkit menurut peruntukan Akta 342.

2020 NST Covid19

Untuk pengetahuan, COVID-19 ini tidak dinyatakan sebagai suatu penyakit berjangkit di bawah Akta 342 ini. Namun, menurut Jadual Pertama Akta 342, ia boleh dikategorikan sebagai penyakit berjangkit yang dibawa oleh microbial yang mengancam nyawa.

Penyakit-penyakit berjangkit lain yang dinyatakan dalam Jadual Pertama ini adalah:

  1. Avian Influenza
  2. Batuk Kokol
  3. Campak
  4. Chancroid
  5. Demam denggi dan demam denggi berdarah
  6. Demam kuning
  7. Difteria
  8. Disenteri (Semua jenis)
  9. Ebola
  10. Jangkitan Gonococcal (Semua jenis)
  11. Jangkitan virus Zika
  12. Leptospirosis
  13. Keracunan makanan
  14. Kusta
  15. Malaria
  16. Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)
  17. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
  18. Plague
  19. Poliomielitis (Akut)
  20. Rabies
  21. Relapsing fever
  22. Sifilis (Semua jenis)
  23. Tetanus (Semua jenis)
  24. Tifoid dan paratyphoid
  25. Tifus dan ricketsioses lain
  26. Tuberkulosis (Semua jenis)
  27. Viral ensefalitis
  28. Viral hepatitis

2020 NST Covid19 B

Penyakit COVID-19 ini boleh dianggap sebagai ‘wabak’ menurut maksud di bawah Akta 342 ini iaitu: “wabak” ertinya kemerebakan sesuatu penyakit dengan bertambahnya kes dalam sesuatu kawasan. (seksyen 2).

Adalah merupakan suatu tanggungjawab pihak-pihak tertentu iaitu orang yang menjaga rumah tumpangan (Hotel & Homestay, rumah sewaan dan sebagainya), penghuni rumah, penjaga rumah, pihak yang bersama pesakit berjangkit, bukan pengamal perubatan yang menjaga pesakit berjangkit, pengamal perubatan, polis dan ketua kampung yang menerima maklumat relevan untuk memberitahu tentang kewujudan penyakit berjangkit yang berlaku di sekitar kawasan kediamannya, mengenai orang yang dirawat dan pesakit yang dalam pengetahuannya menghidap penyakit ini, kepada pihak berkuasa paling hampir tanpa kelengahan tentang jangkitan penyakit dan pesakit itu. Pihak berkuasa ini adalah pusat kesihatan daerah, balai polis dan ketua kampung (seksyen 10)

2020 NST Covid19 A

Sekiranya mereka yang di atas gagal melaksanakan tanggungjawab, maka boleh dianggap sebagai bersalah dan boleh dihukum sekiranya terbukti bersalah di bawah Akta 342 ini. (seksyen 22). Hukuman itu adalah denda dan/atau penjara 5 tahun (seksyen 24).

Mereka juga boleh dikenakan denda kompoun tidak melebihi RM1,000 (Seksyen 25).

2020 NST Covid19 D

Rujukan dan sumber gambar:

 

 

 

 

 

Leave a comment