Desa Kerayong Indah

Baru-baru ini, penulis ada meninjau sebuah projek perumahan bernama Desa Kerayong Indah, Jeram, Kuala Selangor berdekatan dengan kampus Uitm Puncak Alam, Shah Alam. Menurut maklumat yang diterima, terdapat 1,099 unit rumah terlibat dalam projek perumahan ini. Tarikh surat perjanjian pembinaan telah ditandatangani sejak September, 1999. Projek ini dijangka siap, menurut perjanjian tersebut pada September, 2002. Harga rumah antara RM 48,000.00 hingga RM 153,000.00. Semua pembeli adalah orang Melayu.

Projek ini bermula apabila, atas permohonan, para pembeli ditawarkan tanah-tanah lot untuk dibangunkan daripada Kerajaan Negeri Selangor, melalui Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. Antara syarat pemberi-milikan tanah lot tersebut adalah, para pembeli dikehendaki memasuki perjanjian pembinaan dengan kontraktor bernama Bumi Circle Sdn. Bhd. (‘Bumi’). Bumi dikehendaki membina dan menyiapkan unit-unit rumah dalam masa 3 tahun dari tarikh perjanjian pembinaan.

Projek perumahan ini menjadi terbengkalai apabila, Bumi menghadapi masalah kewangan kerana kekurangan dana bagi mengeluarkan batu-batu granit keras yang terdapat pada tapak projek. Sehingga kini (November, 2008), projek tersebut masih terbengkalai dan tiada pihak-pihak yang cuba memulihkannya.

Berdasarkan maklumat yang diterima terdapat beberapa masalah dan aduan mengenai projek tersebut iaitu, antaranya:

  • Bumi menggunakan ‘batu blok’ bukan batu binaan biasa untuk membina bangunan rumah. Ini melanggar spesifikasi perjanjian pembinaan;
  • Keluasan tanah bagi membina unit-unit rumah dan keluasan lantai unit-unit rumah tidak sama dengan terma-terma perjanjian pembinaan;
  • ‘Retaining wall’ yang dibina antara lapisan-lapisan baris unit-unit rumah, ada yang melebihi 10 kaki, berlainan dengan apa yang telah dijanjikan oleh Bumi;
  • Penipuan sijil-sijil arkitek bagi menyokong mengeluarkan wang pinjaman bank para pembeli;
  • Arkitek yang bertugas tidak berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM);
  • Kerajaan Negeri Selangor sekarang menolak untuk memulihkan projek tersebut;
  • Para pembeli terpaksa membayar ansuran bulanan setiap bulan (lebih kurang RM 1,200.00), kerana sebahagian pinjaman telah dibayar kepada Bumi, tetapi tidak boleh menduduki unit-unit rumah tersebut kerana terbengkalai. Mereka juga terpaksa menyewa rumah lain;
  • Para pembeli terpaksa membayar cukai pintu (assessment rate) kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (pihak berkuasa tempatan) walaupun rumah-rumah mereka masih terbengkalai dan masih tidak boleh diduduki;
  • Disebabkan projek ini tidak dapat disiapkan menurut perjanjian pembinaan dan terbengkalai sejak tahun 2002 dan tapak projek tersebut dibiarkan tanpa ada pengawasan, banyak barang-barang binaan dan peralatan-peralatan besi, siling atap, tingkap, pintu, kemudahan elektrik telah dicuri dan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Para pembaca boleh melayari web site projek tersebut, untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, di http://desakerayongindah.blogspot.com/

Lihat juga gambar-gambar foto yang telah diambil.

 

 

21 responses to “Desa Kerayong Indah

  1. Sy salah seorang pembeli DKI Desa 8.

    Setelah pelbagai ikhtiar dibuat, hanya mampu menadah tangah ke hadrat yang Esa…

  2. malang memang malang..ni lah dikatakan Melayu Tipu Melayu..Kerajaan Melayu, Pemaju Melayu, Lawyer pon Melayu (Noh Omar and Associates….menteri apa entah…tak pasti sbb bagi aku politikus UMNO ni tak tahu lah…look st##d. terus terang cakap nampak tak cerdik)dan Pembeli adalh Melayu…!

    Sebenarnya bukan batu granite saudara..the site is founded by meta sedimentary..which is meta sandstone or quarzite…( sedimentary transformed to metamorphic rock)

    Thesis PhD aku dah siap pon tunggu viva berkaitan dengan engineering properties of the ground material of Desa Kerayong!Partialy rock and partialy soil). Aku siap buat subsurface profile using electrical resistivity method…The material there is classified as Weathered sandstone pf Grade II and III. Strong tu weh! sure need to blast . High cost!
    sah sah dia oarng tak buat site investigation langsung! Very bad..camner projek camni boleh lepas..jahatnya …
    Dan Bumi Circle tu syarikat RM1.00.

    • Bagus lah dah siapkan Phd. Saudara bidang engineering, saya bidang law. Mungkin saya kurang arif tentang engineering soil structure. Tapi apa pun, masalah tanah di Desa Kerayong telah menyebabkan projek terbengkalai. Kontraktor tidak menjalankan penyiasatan awal dan pengiraan kos sebenar. Persoalannya mengapa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Majlis Daerah/Perbandaran dan Jabatan Alam Sekitar berikan kebenaran pembangunan (planning permission)?

  3. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah akhirnya projek ini sudah pun mencapai kelulusan dan telah mula di teruskan kembali. InsyaALLAH tuan Admin yang saya hormati harap saya dapat menumpang di sini agar berita mengenai kerja menyambung kembali yang telah bermula selepas kes mahkamah memberi keputusan dan tidak lagi ada apa apa halangan untuk menyambung kembali projek ini dari pihak Kerajaan Negeri Selangor juga badan badan yang terbabit.

    Semuga semua pembaca boleh lah hubungi kembali Probil agar dapat keterangan lebih lanjut dan lebih baik berjumpa mereka di pejabat agar mendapat maklumat yang lebih lanjut dan teratur.

    Probil boleh di hubungi di talian 03-6187 8888

    Semuga kita bersama sama berusaha menamatkan kisah projek terbengkalai ini dengan sebaik baik cara.

    Terima kasih tuan Admin

  4. sila kan tuan insyaALLAH

  5. beritahu saya bila nak kesana saya boleh guide untuk kita aturkan dan mungkin mendapat pencerahan yang lebih baik

  6. RaffiqMokhtar

    salam tuan puan, saya nk bertanya mengenai projek perumahan ni. Saya baru2 ni ada dapat call dari salah seorang pembeli lot banglo disini minta saya jualkan shj lot tanah tu, jd jika ada yg sudi share info, ada sesiapa ke yg dah pernah jualkan sebelum2 ni walaupun tgh progress ??

  7. Salam …ingin bertanya samada ada apa2 perkembangan dan usaha2 penyelesaian kemelut kes DKI ini?
    Sangat memalukan tidak ada seorang tokoh dan nama besar yg benar2 ikhlas dan mampu utk mencari jalan penyelesaian kes DKI ini.
    Yang sengsara, merana dan diperlekehkan ialah pembeli DKI yang terperangkap dengan kebuntuan dan ketidakmampuan Kontraktor utk menyiapkan projek ini.
    Terlalu banyak halangan, sekatan dan masalah dari kedua belah pihak, baik pembeli mahu pun Kontraktor sebab fokus hanya memikirkan kerugian dan tuntutan .
    Sewajarnya pihak kerajaan negeri mengambil jalan penyelesaian utk mencari formula penyelesaian antara pihak pembeli dan Kontraktor.
    Yg jelas kes DKI akan terus terperap dan terbengkalai selagi kehendak dan tuntutan Kontrakor tidak dipenuhi. Hakikatnya yang akan rugi ialah pembeli pembeli DKI sebab menanggung beban hutang bank selama 20 tahun!! dan akan terus meningkat selagi kes ini tidak selesai…
    Maseh tidak tersuluh ke? maseh lagi mahu membiarkan kami merana dan sengsara sampai kami memejam mata???….Kalau tak selesai di bumi desa Kerayong ini…kita akan tuntut di akhirat. Siapa yang khianat dan tidak jujur kita mohon Allah berikan petunjuk dan keadilan.

  8. Salam.
    Saya baru melawat DKI pada 2 Jan. 2022, pintu masuk utama DKI sudah ada pintu gerbang dan ada ‘show unit’. Niat ingin melihat unit abah mertua di Desa 5 tetapi tidak kesampaian sebab telah ada pagar menutupi untuk akses ke sana. Kami cuba ikut jalan belakang melalui Jalan Bukit Payung tetapi gagal sebab perlu melepasi longkang untuk ke DKI Desa 5.
    Apalah nasib pembeli2 semua. sudah bersilih ganti kerajaan tetapi masih sama keputusan nya.
    TK

Leave a reply to hilalhilal Cancel reply